Ramalan Untuk Permainan Jangan Terlalu Percaya OK...!

Jangan Terlalu Di Percaya Ramalan Ini Ya?

Rabu, 10 Maret 2010

MUTIARA KATA

* Orang sempurna akal, sedikit bicaranya. Rata Penuh
* Tidur itu mati sementara, mati itu tidur selama-lamanya.

* Orang yang rugi adalah orang yang tidak memperolehi sahabat, dan orang yang paling rugi adalah orang yang ditinggalkan sahabatnya.

* Lidah orang yang berakal ada di belakang hatinya dan hati orang yang dungu ada di belakang lidahnya.

* Apa yang disembunyikan orang dalam hatinya akan terlihat pada lidah dan wajahnya.

* Barangsiapa banyak berangan-angan dan bercita-cita maka kuranglah amalnya.

* Tiap-tiap satu ada zakatnya dan zakat badan adalah berpuasa.

* Kesedihan dan kesusahan adalah separuh ketuaan.

* Meninggalkan dosa adalah lebih mudah daripada minta ampun.

* Semua bekas akan penuh jika diisi kecuali bekas ilmu.

* Barangsiapa yang mendatangani orang kaya dan merendahkan dirinya (kerana kekayaan), maka telah hilang 2/3 agamanya.

* Bataskan cintamu pada kawan, mungkin suatu hari nanti dia akan jadi lawan dan bataskan permusuhanmu pada lawan, mungkin suatu hari nanti dia akan jadi kawan.

* Sahabatmu ada 3 dan musuhmu ada 3. Sahabatmu adalah sahabatmu, sahabatnya adalah sahabatmu dan musuhnya adalah musuhmu. Sedangkan musuhmu adalah musuhmu, musuhnya sahabatmu dan sahabatnya ialah musuhmu.

* Barangsiapa yang selalu mengamati aib dirinya, dia tidak sempat mengamati aib orang lain.

* Barangsiapa yang rela dengan rezeki Allah, ia tidak menyesal apa yang terlepas daripadanya.

* Barangsiapa yang banyak bicaranya, maka banyak pula kesalahannya. Barangsiapa banyak kesalannya maka berkurang pula rasa malunya, berkurang pula wara’nya dan barangsiapa kurang wara’nya, matilah hatinya.

* Dua orang tamak yang tidak pernah kenyang ialah penuntut ilmu dan penuntut dunia.

* Jangan jadi bagi orang lain sedangkan Allah menjadikan anda bebas dan merdeka

* Barangsiapa tidak mampu menguasai jasadnya maka jasadnya menjadi kuburan baginya.

* Umur adalah waktu yang pendek untuk menuntut segala ilmu. Oleh itu pelajarilah iamu yang paling penting dan penting-penting sahaja.
* Tiga hal yang mencelakakan; makan berlebihan dengan alasan masih sihat, memikul beban kuat deangan merasakan dirinya masih kuat dan mengurangkan usaha kerana berpegang pada takdir

* Bercerminlah dan lihatlah wajahmu. Jika tampan atau jelita, jangan dirosakkan dengan perbuatan buruk dan bila buruk jangan ditambah dengan perbuatan buruk.

* Amarah orang berakal nampak pada tindakan, amarah orang jahil nampak pada ucapannya.

* Belajarlah akhlak dari orang yang tidak punya akhlak.

* Dongeng biasanya panjang dan untuk memendekkannya diperlukan masa yang lama.

* Hadiah dapat mencegah keresahan di dunia dan sedekah mencegah keresahan di akhirat.

* Pendusta lebih jahat daripada pencuri kerana pencuri hanya mencuri hartamu, sedangkan pendusta mencuri akal kamu.

* Menolak dengan sikap yang baik adalah lebih baik daripada menjanjikan untuk waktu yang belum pasti.

* Alangkah indahnya mahkota tetapi lebih indah jika ada di kepala raja, alangkah indahnya mutiara (perhiasan) tetapi lebih indah jika menghiasi leher si gadis, alangkah indahnya nasihat dan pengajaran tetapi seorang alim dan bertaqwa dan soleh lebih indah dari semua itu.

* ujilah kawanmu sebelum kamu mencintai atau membencinya.

* Jangan terlalu bersandar pada kesihatan dan kekayaan kerana dalam sekelip mata ia boleh berubah menjadi penyakit dan kemiskinan.

* Manusia jangan angkuh dan sombong kerana mereka bermula dengan titisan air yang kotor dan menjijikkan kemudian menjadi manusia yang selalu membawa sisa di perutnya dan akhirnya menjadi bangkai.

* Bukanlah kebaikan jika ia dicapai denga kejahatan.

* Menahan perasaan marah pahit tapi akibatnya manis.

* Bersikap lunaklah pada orang yang bersikap keras terhadapmu, kelak ia pasti bersikap lunak padamu.

* Paling baik kebanggaan adalah kamu tidak bangga.

* Cinta asmara adalah satu penyakit dan tidak ada pahala bagi penderitanya.

* Bercermin kepada manusia untuk mencapai akhlakmu, kamu mengetahui kebaikanmu dari kawanmu tetapi kamu mengetahui keburukanmu daripada lawanmu.

* Janji ibarat wajah dan menunaikan janji ibarat kecantikan wajah.

* Kalau kamu lebih menumpukan akan hal perutmu maka harga dirimu ialah apa yang keluar dari perutmu.

* Janganlah mencaci iblis secara terang-terangan padahal kamu adalah sahabatnya dalam sembunyi-sembunyi.

* Janganlah kamu menjadi serigala, kelak kamu akan menerkam dan janganlah kamu menjadi kambing kelak akamu akan diterkam.

* Apa yang kamu kumpul melebihi keperluanmu maka kamu telah mengambil hak orang lain.

* Siksalah pendengki kamu dengan berbuat baik kepadanya.

* Orang yang bahagia adlah orang yang dapat mengambil pelajaran dari orang lain dan orang yang sengsara adalah orang yang dijadikan pelajaran oleh orang lain.

* Salah satu hikmah ialah harta berad di tangan orang-orang yang bodoh kemudian diambil sedikit demi sedikit oleh orang cerdik pandai dengan kepandaiannya. Kalau harta itu berada ditangan orang yang cerdik maka orang-orang bodoh akan mati kelaparan.

* Mengemukakan dalil kepada orang jahil mudah tetapi meyakinkannya sukar.

* Janganlah kemiskinan menyebabkan kekufuran dan janganlah kekayaanmu menyebabkan kesombongan.

* Barangsiapa takut kepada Allah maka Allah jadikan segalanya takut kepadanya. Barangsiapa tidak tidak takut kepada Allah maka Allah jadikannya takut pada segala-galanya.

* Janganlah kamu takut kepada manusia dalam urusan Allah tetapi takutlah kamu pada Allah dalam urusan manusia.

* Sesuatu yang tidak layak diucapkan walaupun ia benar ialah seorang memuji dirinya sendiri.

* Sanak saudara memerlukan kasih sayang tapi kasih sayang tidak memerlukan sanak saudara.

* Jangan merendahkan orang yang ditinggikan oleh ketaqwaannya dan jangan meninggikan orang yang ditinggikan oleh dunianya.

* Seorang berakal bila menikmati makanan dia akan ingat bahawa suatu hari nanti dia akan merasa pahitnya ubat.

* Sahabat buruk umpama pedang yang terhunus. Pandangannya menakutkan dan akibatnya mengerikan.

* Seorang wanita dapat menyimpan cintanya dalam hatinya selama 40 tahun tetpi tidak dapat menyimpan kebenciaanya walaupun satu jam sahaja.

* Seorang yang irihati dan dengki merasakan hilangnya kenikmatan kamu adalah kenikmatan baginya.

* Janganlah banyak m,encari alsan, sesungguhnya dusta banyak sekali bercampur dengan alasan-alasan.

* Marah-marah bermula dari gila-gila dan berakhir dengan penyesalan.

* Takziah sesudah tiga hari akan memperharui kesedihan dan ucapan tahniah sesudah tiga hari hanyalah meremehkan kasih sayang.

* Menggerakkan orang diam lebih mudah dari menggerakkan orang yang bergerak.

* Apabila kamu letih kerana melakukan kebaikan, maka keletihan kamu akan hilang dan kebajikan tetap adanya.

* Bergaullah dengan manusia dengan baik sehingga kalau kamu mati mereka tangisi dan kalau kamu hidup mereka selalu merinduimu.

* Janganlah malu memberi yang sedikit kerana yang tidak memberi itu lebih sedikit dari yang itu.

* Berilah hatimu pada seluruh manusia nescaya mereka akan memberikan hati mereka sepenuhnya padamu.

* Hiduplah sesuka hatimu, tapi ingat kamu akan mati. Cintailah siapa saja yang kamu sukai, tapi ingat kamu akan berpisah dengannya, lakukan apa saja yang kamu suka, tapi ingat kamu akan dibalasi dengan perbuatanmu.

* Wanita yang cantik tidak memerlukan pakaian yang indah.

* Yang cantik itu belum pasti indah tetapi yang indah itu sudah pasti cantik.

* Aku tidak pernah menyesal atas kata-kata yang tidak pernah aku ucapkan tetapi aku kerap kali menyesal atas kata-kata yang telah aku ucapkan.

* Ubat mujarab bagi marah ialah diam.

* Berita baik merayap, berita buruk berlari.

* Kawan yang perolehi kerana pemberian kamu kelak akan dibeli oleh orang yang lain.

* Orang yang beri hutang lebih kuat ingatannya daripada orang yang berhutang.

* Renungkanlah dari apa kamu dicipta dan ke mana kamu hendak pergi.

* Jangan menyalakan api jika kamu tidak dapat memadamkannya.

* Memberi nasihat kepada orang yang sudah ditimpa musibah seperti memberi ubat kepada orang yang telah mati.

* Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah.

* Segala hubungan pasti berakhir kecuali hubungan dengan Allah atau kerana Allah.



By: Asriadi

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Berilah komentar yang mendukung bagi penulis untuk bisa lebih kreatif dalam menciptakan berbagai aspirasi...!!!
By Asriadi

Blog ini saya buat tanggal 17 Oktober 2009 Pesanku:" Lakukanlah Apa Yang Dapat Kamu Lakukan Sekarang? Jangan Menunggu Hari Esok!!! Tapi Dalam hal kebaikan Ok...!!!

Mengenai Saya

Foto saya
Padang, Sumatera Barat, Indonesia
Saya mempunyai adik namanya RENDY ASRICO dan kakak namanya NETI ASRITA dan orang tua saya ASRAL dan RASDIATI Blog ini saya buat untuk menuangkan kreatifitas saya dalam bidang kegemaran seni, pengetahuan dan lain sebagainya. Saya sekarang kuliah di Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Imam Bonjol Padang.

Waktu shalat

Orang Yang Pengen Sukses

Orang Yang Pengen Sukses
Asriadi

Bagaimana orang bisa sukses?